Pengenalan KD Prints & Studio


KD Print & Studio, bermula pada 7 Oktober 2009 berpengkalan di Seksyen 7 Shah Alam, memulakan operasinya sebagai 'Studio Designing' yang mengambil tempahan merekacipta segala permintaan pelanggan dari pelbagai perkara. Kemudian perlahan-lahan mencebur bidang percetakan baju bermula dengan Silkscreen Printing. Banner dan Sticker Printing pula bermula sejurus kejayaan mewujudkan percetakan baju.

T-shirt, Banner dan Sticker adalah perkara asas yang dititikberatkan oleh KD dalam memberi khidmat terbaik kepada para pelanggannya. Dahulunya dikenali sebagai Krekokei Design Studio (KDS) kemudian mengorak langkah sehingga ke Ipoh (2014) , Bentong (2016) dan Klang (2018).

Ia diterajui oleh En. Kay Ahmad bersama rakan kongsinya Cik Noradiza Saharuddin, kini meluaskan khidmat percetakan mereka ke arah peringkat yang lebih global.

Fokus KD Prints & Studio masakini ialah :
1. Membekal dan Mencetak Baju T, Jersey, Uniform dan Muslimah T-shirt.
2. Mencetak Sticker dan Banner.
3. Mencetak dan Menjilid Buku, Katalog dan Menu
4. Mencetak Kad Perniagaan, Kad Kahwin, Kad Pengenalan dan Kad Pekerja.
5. Mencetak Kalendar Tahunan Syarikat dan Peribadi.
6. Membekal Alat Tulis dan Mesin Percetakan.
7. Membekal dan Mencetak Non-woven Bag, Goodies Bag dan Kotak.\



KD berharap dapat memberi sepenuh tumpuan dan kepuasan kepada pelanggan disamping memajukan industri perniagaan sesama kita.

Terima Kasih.

Comments